ONLINE CLASS
Online Class merupakan metode pembelajaran yang paling efektif setelah munculnya wabak Covid-19. Sistem pendidikanmulai mencari inovasi untuk proses kegiatan belajar dan mengajar. Maka timbulnya kelas-kelas atas talian bagai cendawan tumbuh selepas hujan untuk umat manusia amnya.
Dasawarsa ini, banyak perkara yang kita inginkan dengan mudah dan cepat. Tidak ketinggalan juga proses pembelajaran kita inginkan sesuatu yang pantas. Mari bersama kita lihat kelebihan serta perkara yang menarik tentang kelas atas talian. Berikut antaranya:
Manfaat pertama yang boleh didapati ialah fleksibel. Dengan hadirnya online class, kita akan lebih mudah untuk mengatur waktu pembelajaran dan dapat mengulangkaji ilmu supaya mendapat kefahaman yang jelas dalam suatu bidang ilmu yang telah dipelajari tidak mengira waktu, tempat dan keadaan. Contohnya apabila kesihatan kita terjejas, maka online class akan memudahkan kita untuk mengakses pelajaran secara maya dan mendapat ilmu seperti pelajar lain.
Golongan cerdik pandai hari ini seharusnya lebih terkehadapan dalam era ini supaya masyarakat kita akan lebih berkembang dalam usaha kita menuju negara maju suatu hari nanti. Seharusnya kita bersedia dari pelbagai sudut bukan sahaja dari sudut pembangunan malah dari sudut ilmu juga mestilah seiring bersama. Sebagai contoh, para mahasiswa khususnya boleh menterjemah apa yang mereka pelajari melalui website atau blog dengan pantauan guru atau musyrif supaya ilmu mereka lebih berkembang dan disimpan di tempat yang selamat.
Bagi golongan akademik sekarang ini mereka makin beruntung apabila timbulnya kelas maya ini kerana dapat menjimatkan kos dan masa. Ianya lebih terasa apabila kita berada jauh di ufuk timur ini. Contohnya, apabila kita berada di negara Mesir dan kita menyertai satu kelas khusus di Malaysia, maka dengan jarak beribu batu ini ia memberikan kemudahan kepada kita untuk mendapat kelebihan dan kebaikan yang sama seperti belajar secara fizikal walaupun jasad terpisah.
Penuntut ilmu khususnya pasti mendambakan guru atau tenaga pengajar yang berkebolehan dan berkemahiran dalam sesuatu subjek atau kemahiran supaya mereka menimba ilmu dari mereka yang pakar. Kebiasaan kelas maya menawarkan tenaga pengajar yang mahir dalam suatu bidang ilmu. Justeru, peluang keemasan ini mestilah direbut oleh para pelajar dalam menambah ilmu pengetahuan agar dapat memberi impak yang besar dalam menuju ke arah kecemerlangan.
Kesimpulannya, setiap mahasiswa harus mengambil kira untung rugi apabila mendaftarkan diri dalam mana-mana kelas maya. Tenaga pengajar pula perlu memberikan output yang terbaik supaya pembelajaran anak didik berjalan lancar dan efektif. Pendidikan sangat penting, jadi para penuntut perlu memahami tugas mereka dengan sebaiknya supaya mendapat manfaat di kemudian hari. Ingat tuan–tuan, tindakan dan disiplin adalah kunci kejayaan dalam apa jua bidang. Terus usaha, pasti berjaya, in syaa Allah.
Muhamad Farhan bin Mohd Fadzil,
Kuliah Bahasa Arab,
Universiti al-Azhar as-Syarif.
Muat turun PDF RISALAH MULTIMEDIA SIRI 44 – ONLINE CLASS