NIKMAT UKHUWAH FILLAH
Ukhuwah Fillah adalah hubungan yang dijalani atas dasar rasa cintadan didasari oleh akidah dalam membentuk persahabatan yang diibaratkan sebagai satu bangunan yang kukuh. Ukhuwah bermaknapersaudaraan, berasal dari akar kata yang mulanya bermaksudmemperhatikan.
Firman Allah SWT:
{ إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةࣱ فَأَصۡلِحُوا۟ بَیۡنَ أَخَوَیۡكُمۡۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُون}
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, makadamaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Al-Hujurat:10)
Berdasarkan ayat di atas, Allah menggunakan perkataan ikhwah atausaudara seketurunan untuk menjelaskan tentang hubungan antara umatislam yang mana hubungan tersebut terjalin dengan keimanan dan terikat dalam ikatan persaudaraan daripada keturunan yang sama.
Sehubungan dengan itu, ukhuwah Islamiah memerlukan ‘tiang’ supayahubungan yang terbina itu tetap teguh dan berdiri kukuh. Terdapatempat asas ukhuwah Islamiah yang diajarkan dalam Islam:
1) Taaruf : Bermaksud mengenali satu sama lain. Kita hendaklahmengenali saudara dengan secara fizikan dan lebih mendalam sepertilatar belakang pendidikan, budaya, agama, pemikiran dan lain-lain lagi.
2) Tafahum : Bermaksud memahami kekuatan dan kelemahan masing-masing. Bilamana asas ini dapat dicapai, maka semua jenis salah faham dapat dielakkan.
3) Ta’awun : Bermaksud tolong-menolong sesama kita. Konsepnyaboleh diertikan dalam bentuk seseorang yang kuat menolong yang lemah atau seseorang yang merasa mampu menolong seseorangsahabat yang serba kekurangan. Kerjasama yang baik akan tercipta dan saling menguntungkan mengikut fungsi dan kemampuan masing-masing.
4) Takaful : Asas ukhuwah yang terakhir ini merupakan jaminanbersama dan sangat penting sesama kita. Ia bermaksud sesama Islammesti saling memberi, rasa selamat dan mengelakkan kebimbangan.
Nikmat berukhuwah kerana Allah
Kita tidak akan mampu untuk menghitung nikmat ukhuwah yang dibina, kerana nikmat yang dikurniakan oleh Allah itu terlalu banyak.
Antara nikmat berukhuwah kerana Allah ialah :
1) Disatukan hati sesama kita diatas agama Islam yang menjadikan kitasemua saling bersaudara kerana-Nya.
2) Seseorang yang saling mencintai sahabatnya kerana Allah akanmendapatkan naungan di hari kiamat.
4) Allah SWT mencintai hamba-Nya yang saling mencintai kerana-Nya. Cinta kerana Allah SWT adalah merupakan sebab kepada seoranghamba dapat merasakan kemanisan Iman.
Dalam menjalinkan ukhuwah, Islam juga menitik beratkan tentangbeberapa perkara yang mendorong kita untuk tidak melampaui batas dan menjaga hubungan antara satu sama lain. Islam memberipenekanan tentang adab dalam berukhuwah.
Antara adab dalam berukhuwah:
1) Bersangka baik: Bilamana kita bersangka baik sesama kita, iamembantu mengharmonikan hubungan persaudaraan sesama kita. Seorang muslim hendaklah membiasakan dirinya bersangka baikterhadap saudaranya dan tidak berusaha untuk menggali aib-aibmereka.
2) Segera mendamaikan perselisihan: Apabila kita mendapatiberlaku perselisihan antara sahabat kita, maka menjadi tugas kita untuksegera mendamaikan perselisihan tersebut.
3) Saling mendoakan: Bilamana kita mendoakan saudara seislam kitatanpa pengetahuan mereka, maka kita akan memperoleh pahala yang sangat besar. Sabda Rasulullah SAW :
مَنْ قَالَ كُلَّ يَوْمٍ اللَّهُمَ اغْفِرْ لِيْ وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الحَقُّ بِهِ مِنْ كُلِّ مُؤْمِنٍ حَسَنَةٌ
Siapa yang berdoa setiap hari, “Ya Allah, ampunilah aku, dan orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan,”maka ia berhak mendapat kebaikan atas setiap mukmin yang ia doakan (Mu’jam Thabarani Kabir no. 2456)
Akhir kata, jadikan sahabat itu sebagai medium dakwah dan hargailahmereka yang hadir dalam hidup kita sebaiknya, saling berkasih sayangdan bersahabat berpaksikan iman dan takwa, kerana itu adalah talipengikat yang membolehkan kita bersahabat hingga ke Syurga.
Sumber rujukan:
-Al-Quran
–http://jurnal.upi.edu/file/08_Ukhuwah
–Buku Jom Masuk Syurga
Noor Hafizhah binti Mohd Kamal,
Kuliah Usuluddin,
Universiti Al-Azhar Kaherah, Mesir.
Muat turun PDF RISALAH FAJAR JUMAAT SIRI 503 – NIKMAT UKHUWAH FILLAH