KEUTAMAAN AWAL ZULHIJAH
بسم الله الرحمن الرحيم
Bulan Zulhijah merupakan salah satu daripada bulan-bulan Islam yang mempunyai keutamaan dan kelebihannya teristimewa pada sepuluh hari terawal. Hal ini kerana telah sabit dengan dalil-dalil yang warid daripada al-Quran dan al-Sunnah, bahkan telah melaut banyaknya karangan dan penulisan para alim ulama yang menyebut khusus tentang keutamaan bulan ini. Sebahagian mereka membahas dengan panjang lebar dengan disertakan dalil-dalil yang warid seperti yang tersebut dalam kitab Fadhail al-Auqat oleh al-Imam Abu Bakr Ahmad bin Husain al-Baihaqi, manakala sebahagian mereka pula menyebut secara ringkas.
DALIL KEUTAMAAN BULAN ZULHIJAH:
Para Mufassirin mentafsirkan (وليال عشر) pada ayat ini adalah sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah dan ia adalah sebaik-baik hari dalam setahun, kerana pada hari tersebut adalah hari-hari yang disibukkan dengan ibadah haji.
ما مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ – يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْر–ِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ.
“Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini Baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijah-.”Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?” Baginda bersabda,”Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.”
(Riwayat al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah)
Telah ditanya kepada al-Imam Ibnu Taimiyah tentang hari Jumaat dan hari Nahar (10 Zulhijjah), manakah yang terlebih afdal?
Dijawabnya; “Hari Jumaat adalah hari yang terlebih baik dalam seminggu, manakala hari Nahar adalah terlebih baik dalam setahun”.
AMALAN YANG DIANJURKAN:
1. Taubat nasuha.
KITAB-KITAB DAN KARYA ULAMA YANG MENYEBUTKAN TENTANG KEUTAMAAN BULAN ZULHIJJAH:
Kesimpulannya, 10 Zulhijah mempunyai keistimewaan yang luar biasa, semoga diberi kekuatan untuk memperbanyak amalan dan kebajikan untuk bekalan akhirat kelak.
Iskandar bin Noruddin
Kuliah Syariah Islamiah
Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.
Muat turun PDF RISALAH FAJAR JUMAAT SIRI 502 – KEUTAMAAN AWAL ZULHIJAH