Pengenalan dan fungsi penggunaan storan
Dulu sebelum wujudnya jaringan komputer, data disimpan pada pita rakaman(record tape) untuk merekod audio dan memainkan semula bunyi seperti rakaman suara dan lagu. Dunia dihubung dengan gelombang radio dalam penyebaran maklumat.
Setelah dunia komputer diperkenalkan, permintaan alat penyimpanan data menjadi meningkat, serta ia dapat menyimpan data dengan tahap kualiti yang pantas. Jadi kali ini kita akan kenali ‘apa itu storage dan memory’.
Istilah ini merujuk kepada suatu bahagian pemprosesan komputer yang menerima dan mengekal keadaan fizikal data yang dikandung untuk suatu masa yang tertentu, sebaik sahaja diarahkan walaupun jika kuasa elektrik ke komputer itu dimatikan.
Biasanya istilah “ingatan”(memory) digunakan untuk peranti yang lebih laju, manakala “storan”(storage) untuk peranti yang lebih perlahan.
Tahukah anda terdapat pelbagai jenis storan di dalam komputer, antaranya;
Cara menjimatkan penggunaan storan
Apabila anda mengalami masalah storan dalaman peranti berkurangan, yang menyebabkan sistem pemprosesan data menjadi perlahan serta fail yang tersimpan tidak dapat diakses. Anda akan banyak menghabiskan masa dalam menyusun dan mengorganisasi semula data-data anda.
Di sini kami akan kongsikan beberapa tips mudah cara bagaimana untuk meminimumkan penggunaan memori di peranti anda.
1. Lihat Storan di Tetapan peranti. Ini kaedah yang paling mudah, anda hanya perlu pergi ke bahagian Tetapan(setting) peranti dan klik pada Storan. Lihat kenal pasti fail atau data yang menggunakan memori yang banyak dan anda boleh Hapus(delete) secara manual dengan klik pada bahagian tersebut.
Saranan kami gunakan storan anda dengan berhemah,hapuskan file imej, audio, video dan pdf yang tidak diperlukan. Juga simpan fail-fail data penting di storan awan ataupun di Hard disk tambahan untuk mengelakkan daripada file tidak dapat diakses atau hilang datanya.
Muhaimin bin Mohd Asri,
Kuliah Syariah Islamiah,
Universiti al-Azhar.
Rujukan: https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Storan_data_komputerhttps://www.mesramobile.com/cara-untuk-menjimatkan-memori-android/
Muat Turun PDF RISALAH MULTIMEDIA SIRI 43 – CARA MENJIMATKAN PENGGUNAAN STORAGE