Anda kebingungan untuk memadamkan data, data internal dalam hard disk komputer atau laptop anda sudah penuh? bingung dalam erti kata lain memilih samada untuk memadam data tersebut atau menyimpanya, dimana semua fail anda rasa begitu penting.
Bagi mengatasi masalah ini, penulis akan berkongsi dengan anda panduan memilih external hard disk. Seperti mana anda sedia maklum di pasaran terdapat pelbagai jenis hard disk external, kapasiti penyimpanan dan warna.
Sebelum masuk kepada panduan memilih external hard disk, dalam erti kata sebenarnya dalam memilih external hard disk yang bagus ianya tidak sesukar yang anda fikirkan, jika betul cara penggunaan dan keperluan ianya sememangnya menguntungkan anda.
Berikut dibawah adalah beberapa panduan memilih external hard disk:
1. Penggunaan Sistem Pengoperasian: Salah satu perkara penting dalam memilih external hard disk ialah mengetahui sistem operasi (OS) yang digunakan, jenis peralatan yang digunakan PC atau MAC, external hard disk yang anda perlu, perbezaan antara MAC dan PC (jika peralatan yang anda gunakan MAC, maka formatnya iaitu HFS+, namun berbeza dengan PC yang menggunakan windows format NTFS) dan sistem operasi (jika anda menggunakan MAC maka file tidak boleh membaca atau menulis pada PC yang menggunakan sistem operasi windows).
2. Kapasiti External Hard Disk: Beberapa kapasiti hard disk yang ideal sangat bergantung pada jenis fail dan berapa banyak fail yang anda miliki (jika hanya sebahagian fail document office seperti word, excel atau power point anda memerlukan kapasiti hard disk sebesar 320GB atau 500GB sahaja. Sebaliknya jika anda memiliki fail
lagu, video atau gambar yang memerlukan ruang penyimpanan yang besar anda memerlukan kapasiti hard disk sebesar 1TB atau 2TB.
3. Daya Tahan (Durability): Jika anda seorang yang aktif atau dalam erti kata lain seorang yang lasak, anda memerlukan external hard disk yang mempunyai daya tahan seperti tahan dari debu, tahan hentakan/ jatuh dan kalis air.
4. Kecepatan (Speed) Data Transfer: kecepatan adalah pemindahan data kerana ianya sangat terpengaruh dalam kecepatan membaca data ketika proses pemindahan dilakukan iaitu semakin banyak dan cepat data ditransfer semakin baik prestasinya. Kecepatan data transfer bergantung kepada RPM hard disk iaitu sendiri jika ianya memiliki 7200RPM sudah sangat bagus berbanding 5400RPM. Namun disaaat perkembangan teknologi kini sudah terdapat kecepatan putaran/ data transfer sehingga 10,000RPM, untuk anda lebih mengetahui baca dahulu keterangan yang terdapat pada external hard disk sebelum membelinya.
5. Perhatikan Penyambungan: Salah satu faktor dalam memilih external hard disk adalah anda perlu tahu sambungan external hard disk menggunakan kabel penyambung (USB 2.0 atau USB 3.00). Sambungan ini juga mempengaruhi kecepatan transfer data. Pastikan anda memilih sambungan USB 3.00 transfer data cepat berbanding sambungan USB 2.00), tetapi anda perlu tahu haruslah komputer atau laptop anda mempunyai port USB 3.00.
6. Terdapat Ciri-Ciri Keselamatan (Security): Faktor keselamatan juga amat penting dalam memilih external hard disk, namun beberapa external hard disk menawarkan ciri-ciri keselamatan yang berbeza. Ada fungsinya sekadar tempat penyimpanan dan ada pula yang secara automatik mampu membuat fail sandaran (backup file). Jadi bagaimana dengan keselamatan, carilah external hard disk yang memiliki ciri-ciri keselamatan yang mana mampu membuat kata laluan (password).
Penulis akan menyenaraikan beberapa hard disk yang dikira sangat sesuai iaitu Seagate Slim, Western Digital Passport dan Buffalo Ministation Thunderbolt.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk mencari alatan yang sesuai dalam bidang multimedia demi melancarkan kelangsungan gerak kerja dakwah.
Sumber: http://monaliza.com.my/v2/tips-memilih-external-hard-disk/
Muat turun PDF Risalah Multimedia siri 33