USUL KPKM
yang telah disepakati sebulat suara di dalam Muktamar Sanawi KPKM kali ke-26
yang telah disepakati sebulat suara di dalam Muktamar Sanawi KPKM kali ke-26
“Menjadikan KPKM sebagai medan dalam pelaksanaan gerak kerja Islam secara keseluruhan dan mengoptimumkan peranan ahli dalam menjayakan KPKM secara bersama.”
“Memperkasakan keterlibatan mahasiswi KPKM dalam medan amal islami mengikut acuan Islam.”
Memantapkan akademik dan thaqafah islamiah ahli KPKM berteraskan kemurnian ajaran Islam yang menyeluruh serta mengamalkannya bertepatan dengan konsep “Belajar dan Beramal”.
Mengutamakan tarbiah islamiah dalam aktiviti yang dijalankan demi memacu keberkesanan dakwah dalam kalangan ahli KPKM.
Pemerkasaan pembinaan pelapis secara bersama bagi menjamin survival KPKM di masa akan datang.
Bersama-sama memperkasakan gerak kerja amar makruf nahi mungkar bagi memelihara biah solehah dalam kalangan ahli.
Menjadikan KPKM sebagai wadah kesatuan dan ukhuwah islamiah bagi anak Kelantan di bumi Mesir.
Mengoptimumkan inisiatif kebajikan ahli secara menyeluruh bertepatan dengan objektif penubuhan Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir.
Pada Hari Jumaat 28 Syawal 1385 H bersamaan 18 Februari 1965 M Panitia Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Kaherah ditubuhkan.
Pada Tahun 1975 M Panitia Pelajar-pelajar Kelantan Kaherah ditukar nama kepada Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir.
Pada 16 & 17 Syawal 1417 H bersamaan 24 & 25 Februari 1997 M KPKM telah mengadakan Muktamar Sanawi Kali Pertama.
Pada tanggal 10 Februari 2017 M, KPKM telah menerima keberangkatan tiba YTM Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra ke bumi Mesir sekaligus menyempurnakan perasmian bangunan Wisma Tengku Mahkota Kelantan dan Wisma Sultan Muhammad V di Hayyu Sabiek.
“Kita manusia ditugaskan menjadi khalifah. Kita bukan haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang hidup tanpa sebarang beban tugas. Bila disebut khalifah ertinya pengganti. Kita menggantikan Allah SWT di bumi dengan maksud kita menjadi jurucakap dan pekerja Allah. Nabi Muhammad SAW sebagai jurucakap rasmi membawa risalah daripada Allah SWT dan mewariskan kepada kita sebagai jurucakap- jurucakap seterusnya untuk menegakkan syariat Islam di bumi ini.”
Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Kerajaan Negeri meletakkan harapan yang besar kepada KPKM untuk terus menjadi kesatuan yang istiqamah dalam menjaga kebajikan pelajar Kelantan di Mesir dan sentiasa menjadi sebuah kesatuan yang melahirkan pemimpin- pemimpin yang hebat bukan setakat di Kelantan, bahkan di peringkat nasional dan antarabangsa. Bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan, saya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada KPKM atas segala usaha dan komitmen dalam memastikan anak Kelantan di Mesir dapat lahir sebagai generasi pelapis dan pejuang Islam yang dapat berpencak dalam arus dunia moden yang penuh dengan cabaran.
YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob
Menteri Besar Kelantan